"Perang melawan negara adalah untuk mengubah peta; perang terhadap kemiskinan adalah untuk memeta perubahan" - Muhammad Ali
Dasar pembasmian kemiskinan dan kerajaan prihatin yang digariskan sering samar kerana nampak bertindih. Usaha pembasmian kemiskinan dan kerajaan perihatin fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari.
Pencapaian Utama
Rumah terbengkalai di Selangor memberi masalah kerana penduduk akan tinggal di kawasan yang buruk. Kerajaan negeri Selangor komited membina dan memulihkan semula rumah tidak siap ini untuk meningkatkan persekitaran hidup kerana pemilik tanah tidak mampu memperbaikinya. Bantuan telah diberikan untuk ini bagi semua kaum di 9 kawasan di Selangor.
Dasar untuk inisiatif Pelan Kemiskinan adalah untuk meningkatkan pendapatan peniaga termiskin. Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah bagi garis kemiskinan (PLI) kepada RM1500 kerana ia memberi petunjuk lebih realistik untuk kemiskinan. Sehingga kini, anggaran sekitar 30% penduduk Selangor termasuk dalam kategori miskin. Bagi program, kriteria pilihan adalah sangat ketat dan mesti melalui proses temuduga sebelum lawatan lapangan oleh para pegawai. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk peralatan dan kemudahan. Inisiatif ini tidak melibatkan bantuan kewangan.
Terpilih 197
Terpilih 345
Kerajaan negeri Selangor membuat program inisiatif untuk membayar kanta intraocular bagi pembedahan katarak. Asas kepada dasar ini ialah kerana ramai pesakit dari kalangan golongan miskin mengelak untuk membuat pembedahan katarak kerana tidak mampu membayar kanta yang kosnya sekitar RM400-RM600, meskipun pembedahan tersebut percuma di hospital awam.
Pembedahan kecil yang kosnya di bawah RM2,000 diberikan subsidi kepada pesakit terpilih di kalangan golongan miskin. Bagaimanapun, jika kosnya melebihi RM2,000, bantuan hanya setakat RM2,000.
Kerajaan negeri menderma 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Haemodialisis di Klang. 20 kerusi roda dan topang didermakan kepada individu yang memerlukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kelab Rotary. Kerajaan negeri juga menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan kerusi roda khas berharga RM2,000 hingga RM5,000 setiap satu.
Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Center), sebuah agensi penyelidikan pendapat awam, diberikan tugas untuk membuat kajian latar belakang kewangan 600 petani di Tanjong Karang, Sabak Bernam. Keputusan kajian ini akan didapati pada tahun ini.
Bantuan kewangan diberikan kepada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Parkinson Malaysia, Hospice Klang, Sekolah Khas Klang, Persatuan Dyslexia, Yayasan Kiwanis, Persatuan Kanak-Kanak Cacat Akal Selangor & Wilayah Persekutuan (sekadar beberapa nama).
Hamper makanan
Hamper makanan yang mengandungi bahan asas seperti Milo, Kopi, Gula, Susu dan Minyak diberikan pada kadar berterusan. Sehingga kini, secara rasminya sebanyak 2,500 hamper telah diberikan.
Semasa sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008, sebanyak 39,200 beg yang mengandungi beras 5kg, tin susu dan gula diedarkan di seluruh DUN di Selangor. Setiap DUN menerima 700 beg mengandungi 5kg beras, 1400 tin susu dan 700 pek gula.
Program Balik ke Sekolah
Pada tahun 2008, 700 BATA voucher kasut bernilai RM20 setiap satu diagihkan di 56 DUN. Pada tahun 2009, 39,200 beg sekolah diberikan kepada semua DUN (700 bagi setiap DUN).
UPSR & PMR
Skim Bantuan UPSR & PMR 2009 adalah sebuah program yang dirancang untuk membantu pelajar miskin yang menduduki peperiksaan. Khususnya, pelajar sekolah rendah di darjah 6 dan pelajar sekolah menengah di Tingkatan 3 dipilih untuk program ini. Setiap DUN memilih 50 pelajar UPSR untuk menerima RM90 seorang dan 50 pelajar PMR menerima RM 120 seorang.
Aktiviti dirancang bagi 2010
Kerajaan negeri Selangor terus memandang ke depan untuk membuat inisiatif baru bagi Dasar Pembasmian Kemiskinan. Aktiviti akan datang termasuk:
1. Kajian lanjut
Kajian "Miskin Kota" di Taman Sentosa, Klang telah dimulakan oleh Merdeka Center.
Sebuah pusat dengan 10 mesin menjahit dibeli kerajaan negeri telah diwujudkan di Tanjong Karang. Wanita digalakkan belajar menjahit dengan yuran minima.
RM80,000 diperuntukkan untuk inisiatif ini. Ini termasuk pengambilan staf sepenuh masa dan menyediakan pejabat di Majlis Perbandaran Klang.