Kategori

Merakyatkan Ekonomi Selangor
Air Percuma
Skim Pemilikan Kediaman Persendirian
Pilihan Raya Umum 13

Kandungan

Bekalan Air Percuma 20 meter padu
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Hadiah Anak Masuk Universiti
Skim Mesra Usia Emas
Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian
Skim Mikrokredit Selangor
Skim Mikrokredit Selangor

Informasi:

Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) ditubuhkan pada 8 Julai 2010 di bawah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YDAQAHS). Objektif penubuhannya ialah untuk mengurangkan isirumah miskin terutamanya di luar Bandar.

SkimSel mengamalkan kaedah pemberian pembiayaan yang mudah, berpenyeliaan rapi dan berasaskan pematuhan disiplin kredit, tanpa cagaran, tanpa penjamin dan tanpa tindakan undang-undang.

Fokus Skim Mikrokredit Selangor

Mensasarkan Golongan Miskin dan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.

Syarat-syarat Kelayakan

- Golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.

- Berpendapatan di bawah RM 1,500.00 sebulan atau pendapatan perkapita di bawah RM 350.00.

- Memiliki aset tidak melebihi RM 50,000.00.

- Taraf Pemastautin melebihi 2 tahun.

- Warganegara Malaysia.

Syarat-syarat Pembiayaan

- Tanpa cagaran dan penjamin.

- Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli (tiada tali persaudaraan yang rapat) dan menjalani latihan wajib 3 hari.

- Bersetuju menubuhkan pusat.

- Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.

- Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.

- Bersetuju menyumbangkan Deposit Sekuriti 3 Minggu bayar balik ke dalam Tabung Kumpulan.

- Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.

- Bayar balik secara mingguan.

- Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).

- Caj pembiayaan 8% setahun.

Untuk maklumat lanjut, permohonan & mendaftar - sila layari laman web program di SINI.

Maklumat | Bantuan Untuk Rakyat | Pencapaian | Kategori | Kenyataan
Copyright © Selangor Menteri Besar. All Rights Reserved Since 2010