Kategori

Merakyatkan Ekonomi Selangor
Air Percuma
Skim Pemilikan Kediaman Persendirian
Pilihan Raya Umum 13

Kandungan

Bekalan Air Percuma 20 meter padu
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Hadiah Anak Masuk Universiti
Skim Mesra Usia Emas
Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian
Skim Mikrokredit Selangor
Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian

Informasi:

Industri pengekstrakan pasir mampu memberikan pulangan yang agak besar kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menjayakan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menyedari potensi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu. Adalah menjadi misi utama KSSB untuk menjayakan MES.

KSSB telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 September 2008 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor. Lokasi ini akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat.

KSSB akan melancarkan operasi seperti ini di seluruh Selangor dalam masa terdekat.

Maklumat | Bantuan Untuk Rakyat | Pencapaian | Kategori | Kenyataan
Copyright © Selangor Menteri Besar. All Rights Reserved Since 2010