Kategori

Merakyatkan Ekonomi Selangor
Air Percuma
Skim Pemilikan Kediaman Persendirian
Pilihan Raya Umum 13

Kandungan

Bekalan Air Percuma 20 meter padu
Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Hadiah Anak Masuk Universiti
Skim Mesra Usia Emas
Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian
Skim Mikrokredit Selangor
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)

Informasi:

'One Stop Crisis Centre' (OSCC) atau lebih dikenali sebagai Pusat Khidmat Krisis Sehenti telah ditubuhkan pada tahun 1997 di hospital-hospital kerajaan di seluruh Malaysia.

Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga

"One Stop Crisis Centre" (OSCC) bertujuan untuk mewujudkan satu pusat perkhidmatan yang lengkap dan menyeluruh kepada mangsa penderaan , perkosaan dan keganasan rumahtangga.

Kewujudan OSCC mewujudkan suasana yang selesa dan penghidupan yang lebih baik kepada wanita dan kanak-kanak. Mereka tidak keseorangan sebaliknya OSCC bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik jika mereka di dera oleh si pelaku keganasan yang durjana.

Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Kebudayaan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil satu usaha murni dalam memperkenalkan OSCC kepada masyarakat dalam usaha untuk mewujudkan satu masyarakat yang prihatin terhadap wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, seksual, liwat dan dera.

OSCC terletak di bawah Jabatan Kecemasan setiap hospital kerajaan, di mana terdapat kakitangan terlatih yang ditugaskan untuk merawat dan memberi penjagaan yang sewajarnya kepada mangsa yang mengadu. Selain rawatan fizikal, mangsa-mangsa juga diberikan perlindungan sewajarnya- termasuk, tempat tinggal serta diasingkan daripada pesakit-pesakit biasa supaya mereka tidak berasa malu atau takut.

OSCC adalah satu pusat perkhimatan yang lengkap dan menyeluruh bagi membantu mangsa penderaan, perkosaan, liwat dan mangsa keganasan rumah tangga. Pusat ini ditubuhkan khas untuk merawat dan mengasingkan mangsa-mangsa tersebut serta di beri bantuan dari segi sokongan emosi dan kaunseling agar mereka tidak mengalami trauma yang serius.

Exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail telah mula mengorak langkah untuk menyedarkan masyarakat bahawa terdapat satu pusat khidmat yang dapat membantu mangsa keganasan rumah tangga dan dera.Pusat ini dikendalikan oleh secara bersama yang melibatkan beberapa agensi iaitu Hospital, polis, peguam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perlu di tangani oleh setiap ahli dalam komuniti untuk melahirkan masyarakat penyayang yang memberikan saham besar dalam pembangunan negara yang lebih positif.Ada tiga kaedah yang dikenal pasti untuk menangani keganasan rumah tangga dan gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja.

1) Memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep keadilan dalam hubungan kekeluargaan.

2) Memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang.

3) Menyediakan tempat yang selamat untuk mendapat rawatan dan tempat yang selamat dimaksudkan ialah di OSCC.

OSCC telah lama ditubuhkan namun masih ramai tidak mengetahui kewujudan pusat ini dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.Objektif Kempen kesedaran "Katakan tidak kepada keganasan rumahtangga ialah:

1) Mewujudkan kesedaran dan peranan OSCC kepada masyarakat dalam

membantu wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

2) Memupuk kesedaran wanita untuk memperkasakan minda yang merdeka dan menggilap jatidiri wanita yang bermaruah.

3) Memberi maklumat dan kefahaman yang sahih lagi benar mengenai isu-isu keganasan rumah tangga dan gangguan seksual ditempat kerja.

4) Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai undang-undang yang dapat melindungi wanita dan kanak-kanak.

Dalam agenda merakyatkan ekonomi Selangor (MES) fasa 1, antaranya diperkasakan semula program OSCC dimana kempen ini akan dilaksanakan dalam bentuk jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program ini dijalankan dan dikendalikan mengikut peringkat DUN Negeri Selangor dengan kerjasama UPEN, WIRDA, sekretariat OSCC dan Pusat Khidmat Rakyat.

Kempen ini adalah untuk memberi kesedaran tentang keganasan terhadap kaum wanita dan kanak-kanak di samping memberi maklumat berkaitan undang-undang keluarga dan menghebahkan maklumat mengenai OSCC ini kepada orang ramai. OSCC diwujudkan di enam hospital di Selangor iaitu Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Puan Rahimah Klang dan Hospital Kajang.

Mangsa tidak perlu takut untuk ke OSCC untuk mendapatkan rawatan kerana pihak hospital menyediakan bilik khas yang terasing dari orang ramai. Maklumat mangsa juga dirahsiakan. Maruah mereka akan dijaga dan dipelihara. Mangsa juga tidak perlu untuk mengambil nombor sebaliknya akan terus dibawa ke bilik OSCC. Jururawat terlatih dan doktor akan memberikan bantuan yang segera kepada mangsa. Mangsa akan dilindung dari sebarang ancaman dari si pelaku dera.

Senarai Alamat dan No. Telefon OSCC (Alamat-alamat Hospital yang mempunyai kemudahan OSCC):

1. Hospital Ampang

Jalan Mewah Utara

Pandan Mewah,

68000 Ampang

No. Telefon : 03-42896000

No. Fax : 03-42954666

2. Hospital Serdang

Jalan Puchong

43000 Kajang

No. Telefon : 03-89475555

No. Fax : 03-89475210

3. Hospital Selayang

Lebuhraya Selayang-Kepong

68100 Batu Caves

No. Telefon : 03-61367788/61203233

No. Fax : 03-61377097

4. Hospital Sungai Buloh

47000 Sungai Buloh

No. Telefon : 03-61454333

No. Fax : 03-61454222

5. Hospital Tengku Ampuan Rahimah

41200 Klang

No. Telefon : 03-3375 7000

No. Fax : 03-3374 9557

6. Hospital Kajang

Jalan Semenyih

43000 Kajang

No. Telefon : 03-8736 3333

No. Fax : 03-8736 7527

Maklumat | Bantuan Untuk Rakyat | Pencapaian | Kategori | Kenyataan
Copyright © Selangor Menteri Besar. All Rights Reserved Since 2010