Kategori

2010-December
2011-January
2011-February
2011-March
2011-April
2011-May
2011-June
2011-July
2011-August
2011-September
2011-October
2011-November
2011-December
2012-January
2012-February
2012-March
2012-April
2012-May
2012-June
2012-July
2012-August
2012-September
2012-October
2012-November
2012-December
2013-January
2013-February
2013-March
2013-April
2013-May

Kandungan

Pelancaran ETV Selangorku: TV Selangor Boleh Ditonton Di Kaca TV

Kerajaan negeri dengan sukacitanya melancarkan ETV Selangorku hari ini. ETV Selangorku merupakan teknologi yang membolehkan TV Selangor disiarkan ke kaca TV di setiap rumah dengan menggunakan saluran internet dan 3G.

Matlamat ETV Selangorku adalah untuk lebih mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat berkenaan program-program kerajaan negeri Selangor. Setiap rakyat di Selangor berhak mendapat berita yang tepat dan betul berkenaan dasar serta aktiviti kerajaan negeri.

ETV Selangorku akan diletakkan di tempat-tempat awam seperti pejabat jabatan kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, pusat khidmat masyarakat, tempat awam seperti tapak penjaja dan lain-lain.

Fasa pertama ETV Selangorku akan bermula daerah Sabak Bernam dan program ini akan diperluaskan ke seluruh negeri. Satu unit akan diberikan kepada lima pusat khidmat masyarakat serta satu pejabat Majlis Daerah di Sabak Bernam.

DIKELUARKAN OLEH

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Maklumat | Bantuan Untuk Rakyat | Pencapaian | Kategori | Kenyataan
Copyright © Selangor Menteri Besar. All Rights Reserved Since 2010