Kategori

2010-December
2011-January
2011-February
2011-March
2011-April
2011-May
2011-June
2011-July
2011-August
2011-September
2011-October
2011-November
2011-December
2012-January
2012-February
2012-March
2012-April
2012-May
2012-June
2012-July
2012-August
2012-September
2012-October
2012-November
2012-December
2013-January
2013-February
2013-March
2013-April
2013-May

Kandungan

Selangor Bantu Peserta Bersih Yang Hadapi Tindakan Undang-Undang
Perutusan Hari Pekerja 2012
Pembeli dan Peneroka Alam Perdana Terima Kunci Rumah Setelah Menunggu 10 Tahun
Manifesto Pakatan Rakyat 2008 Tertunai Dengan Tambahan Kebajikan Kepada Rakyat
Menteri Besar Sedia Menghadap Yang Di-Pertuan Agong Perjelas Kedudukan Sebenar
Pelancaran ETV Selangorku: TV Selangor Boleh Ditonton Di Kaca TV
Kerajaan Negeri Putuskan Tanah Berdekatan Kelab UKRC Tetap Milik Rakyat Selangor
Syabas Langgar Konsesi Kerana Gagal Membekalkan Air Kepada Rakyat Dan Pemaju
Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Untuk Kaji Kemampuan JAIS Tangani Masalah Umat Islam
Kerajaan Pusat Sekat Peruntukan Atasi Masalah Banjir Di Selangor
Syabas Langgar Konsesi Kerana Gagal Membekalkan Air Kepada Rakyat Dan Pemaju

Kerajaan Negeri telah menghantar notis kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai amaran supaya syarikat konsesi itu tidak melanggar terma Perjanjian Konsesi untuk membekalkan air terawat kepada pengguna di Negeri Selangor.

Sekiranya SYABAS gagal melaksanakan tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri berhak untuk menamatkan Perjanjian Konsesi dan Kerajaan Negeri akan mengambil alih fungsi SYABAS untuk membekalkan air terawat ke seluruh Selangor.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 28 Mac lalu dimaklumkan bahawa SYABAS telah gagal melaksanakan perkhidmatan membekalkan air terawat kepada beberapa pemaju di Selangor menyebabkan pelaksanaan projek mereka terjejas akibat ketiadaan bekalan air.

Tindakan SYABAS ini jelas sekali bertentangan dengan terma yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan syarikat konsesi pada 15 Disember 2004. Lebih dari itu, perbuatan Syabas seolah-olah mahu menggagalkan kemajuan ekonomi di Selangor.

Notis ini dihantar oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah Kawal Selia Air Negeri Selangor, Dato' Noordin Sulaiman kepada Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Dato' Ruslan Hassan pada 29 Mac lalu.

Kerajaan Negeri mengingatkan SYABAS bahawa tanggungjawab membekalkan air terawat kepada pengguna merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh SYABAS pada setiap masa.

Pematuhan tanggungjawab ini adalah penting supaya semua projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor tidak tergendala atau tidak terjejas akibat kegagalan SYABAS membekalkan air terawat.

Kerajaan Negeri memandang berat perkara ini dan jika terbukti terdapat kegagalan SYABAS untuk membekalkan air terawat kepada mana-mana penguna sama ada pengguna domestik atau industri, ia dianggap satu perlanggaran. terma Perjanjian Konsesi yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk menamatkan perjanjian.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHM

DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Maklumat | Bantuan Untuk Rakyat | Pencapaian | Kategori | Kenyataan
Copyright © Selangor Menteri Besar. All Rights Reserved Since 2010