Kategori

2010-December
2011-January
2011-February
2011-March
2011-April
2011-May
2011-June
2011-July
2011-August
2011-September
2011-October
2011-November
2011-December
2012-January
2012-February
2012-March
2012-April
2012-May
2012-June
2012-July
2012-August
2012-September
2012-October
2012-November
2012-December
2013-January
2013-February
2013-March
2013-April
2013-May

Kandungan

Zainuddin Dan Utusan Malaysia Perlu Minta Maaf

Kerajaan Selangor kecewa dengan artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang telah menghina mantan Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie.

Artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Mydin itu biadap dan menunjukkan ketidakmatangan serta tidak hormat kepada pemimpin yang telah menyumbang besar kepada negaranya dan rantau ini dalam dunia politik dan bidang kejuruteraan aeronautik.

Kerajaan Selangor menggesa Utusan Malaysia dan Zainuddin untuk memohon maaf kepada Habibie serta rakyat Indonesia sebelum isu ini menjadi lebih buruk.

“Kenyataan demikian boleh menjejaskan ikatan dua hala yang kuat antara Malaysia dengan Indonesia dan rakyat kedua-dua negara. Kita mahu menegaskan bahawa penulisan Zainuddin tidak mewakili pendirian rakyat Malaysia,” ujar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri-ciri yang sama termasuklah sejarah, budaya dan agama yang sepatutnya dikongsi dan dihargai oleh rakyat kedua-dua negara.

“Ini adalah salah satu sebab mengapa Selangor menjemputnya untuk berkongsi pengalaman dan pemikirannya dalam melaksanakan kerja-kerja reformasi negeri dan penambahbaikkan proses pendemokrasian,” kata Menteri Besar lagi.

BJ Habibie berada di Selangor untuk lawatan dua harinya sebagai tetamu rasmi kerajaan negeri pada minggu lalu dan memberikan ucapan kepada kakitangan serta mahasiswa universiti milikan penuh kerajaan negeri, Universiti Selangor.

Keluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

13 DISEMBER 2012

Maklumat | Bantuan Untuk Rakyat | Pencapaian | Kategori | Kenyataan
Copyright © Selangor Menteri Besar. All Rights Reserved Since 2010